[TERKINI] #PRKKajang: ISU ROBOH KUIL, PENDUDUK INDIA NAK BELASAH KHALID?

Monday 17 March 20140 comments


Persatuan penganut agama Hindu Sungai Jelok melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Selangor kerana meneruskan usaha untuk merobohkan dua kuil di kawasan mereka iaitu Sri Maha Muniswarar Alayam dan Kuil Sri Siva Veerapathira Kaliaman, Kajang.

Tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan kuil itu bertentangan dengan prinsip dan janji Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut seorang peniaga, Thanabalan a/l Muniandy berkata, semasa PR mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN), mereka berjanji akan mengekalkan kesemua kuil di Selangor.

“Setakat ini, semua orang sedia maklum bahawa sudah tujuh buah kuil telah dirobohkan.

“Apa yang dia janji. Janji mereka memang tidak betul dan tidak ditunaikan hanya pandai bercakap sahaja. Saya dapat saya buat katanya tapi tiada perubahan malah merobohkan 7 kuil dalam dua penggal ini,” katanya seperti dilaporkan portal berita Rakyat News hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila perbincangan bersama Majlis Pebandaran Kajang (MPK) serta Kerajaan Negeri menemui jalan buntu.

Kerajaan Selangor sebelum ini berjanji tidak akan merobohkan mana-mana kuil hindu di negeri itu ketika berkempen pada PRU13 lalu. - Selangorpress.com



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger