Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini, mendakwa beberapa nombor telefon bimbit milik pemimpin parti itu telah diceroboh baru-baru ini oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pemimpin parti itu yang terlibat termasuklah Timbalan Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut pemimpin terlibat, nombor telefon bimbit mereka telah diceroboh selepas menerima mesej berbentuk kritikan terhadap cara Pakatan Rakyat, DAP dan PKR mengendalikan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Seorang pegawai teknikal syarikat telekomunikasi nasional yang dihubungi Selangor Press bagi mengesahkan dakwaan pemimpin PKR itu tidak menolak kemungkinan berlaku pencerobohan terhadap nombor telefon, namun kes yang berlaku disifatkan terlalu terpencil dan hanya melibatkan nombor dimiliki syarikat atau organisasi.
Sebaliknya pegawai tersebut menegaskan bahawa pencerobohan nombor telefon milik individu sememangnya sukar dilakukan dan hampir mustahil oleh pihak pihak luar terutama melibatkan telefon bimbit.
Jelas beliau lagi, mana-mana syarikat telekomunikasi sehingga hari ini belum pernah mendengar atau menerima sebarang laporan tentang pencerobohan nombor telefon bimbit.
Pegawai itu menggesa pemimpin politik berkenaan untuk membuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis agar siasatan segera boleh dijalankan berhubung dakwaan berkenaan.
Selanjutnya, sila baca [di sini]
+ comments + 1 comments
Komen minta simpatilah tu,semua salah kerajaan ,dan akan ada orang tumpang simpati ,itulah pkr