[TERKINI] #PRKKajang: BAHAN KEMPEN BN KENA SABOTAJ

Saturday 15 March 20140 comments



Petugas jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) memaklumkan bahan kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang milik parti itu telah disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab di Batu 13, Jalan Cheras.

Kejadian tersebut hanya disedari petugas selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat.

Menurut saksi, bahan kempen BN telah dirosakkan dan dipijak kerana terdapat kesan tapak kaki pada poster dan papan iklan yang tertera gambar calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Di lokasi lain termasuk di Taman Delima, Kajang, petugas BN turut mendapat aduan sama.

Susulan itu, wakil petugas BN berkata pihak mereka akan meningkatkan kawalan dan rondaan bagi mengelak kejadian sama berulang, selain membuat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Selanjutnya, sila baca [di sini]



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger