[TERKINI] NOH OMAR DEDAH 'AGENDA TERSIRAT'

Monday, 17 February 20140 comments


Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar melihat punca sebenar sehingga terjadinya Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini bukanlah kerana masalah dalaman PKR sebaliknya ada `agenda tersirat' yang sedang diperjuangkan oleh pihak pakatan PKR-DAP- PAS di negeri Selangor ini.

Ujarnya, kalau ianya berkaitan dengan masalah dalaman PKR sehingga menyebabkan ada PRK, ini menunjukkan Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang berwibawa dan tidak ada integriti.

"Kalau dia pemimpin yang berwibawa dan berintegriti yang juga Penasihat kepada PKR, tidak ada sebab dia nak melibatkan rakyat, dia nak libatkan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, tidak perlu dia nak minta ADUN yang ada untuk meletakkan jawatan.

Pergolakan politik ini biasa, hanya ketua yang berintegriti, berwibawa dan dihormati yang mampu untuk menyatu-padukan balik parti tanpa perlu melibatkan rakyat sehingga mengadakan pilihan raya kecil. jadi ini semua hanya gimik politik pakatan sahaja," ujarnya.

Tambahnya, ini gimik, hanya untuk dijadikan alasan untuk menipu rakyat. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka juga tidak konsisten dalam mengulas sebab-sebab PRK itu diadakan.

"Anwar kata dah bincang dengan parti-parti dalam pakatan tetapi sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP dan PAS. Anwar Ibrahim sendiri pun, sentiasa berdolak-dalik. Kejap kata nak jadi Menteri besar, kejap kata Khalid akan kekal Menteri Besar. Dulu pun dia kata dia bukan calon, tapi dalam masa yang sama, Khalid umum Anwar akan wakili PKR di Kajang.

Jadi ini menunjukkan bahawa PRK ini hanya untuk memuaskan hawa nafsu politik Anwar Ibrahim, yang mungkin juga ada kaitan dengan kes mahkamahnya sepertimana yang kita tahu. Dulu pun pernah berlaku sewaktu kes dia di Mahkamah Tinggi, pada masa itu dia buat PRK juga, Wan Azizah letak jawatan di Parlimen Permatang Pauh.

Jadi, saya nampak ia ada kaitan, agenda peribadi untuk mengalihkan perhatian apa yang berlaku di mahkamah dengan membuktikan bahawa dia merupakan pemimpin yang disukai oleh rakyat. itu sahaja agenda dia, bukannya untuk menyelesaikan masalah dalam PKR," tambahnya lagi.

Selanjutnya, baca [di sini]


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger