[TERKINI] GERAK-GERI ANWAR TIDAK UBAH SEPERTI SYAITAN

Monday, 17 February 20140 comments


Anwar pada awalnya ketika mengumumkan diri sebagai calon di pilihan raya kecil (PKR) Dun Kajang tempoh hari secara berseloroh berkata beliau mampu menang besar walaupun tidak turun berkempen.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Anwar kini dilihat cemas dan berhempas pulas dalam kempennya walaupun tempoh kempen masih belum bermula lagi.

Sehinggakan ada yang berkata, kempen Anwar di Kajang sangat luar biasa berbanding kempennya di Permatang Pauh ketika pilihanraya umum yang lepas.

Dan terbaru, Anwar memasuki sebuah gereja dan menyampaikan ceramah kepada penganut agama Kristian pada Ahad pagi yang lepas.

Anwar seperti biasa membangkitkan semangat kebencian terhadap pemimpin kerajaan dan UMNO dan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak suka kepada harmoni. Dan beliau berjanji keamanan dan keharmonian masyarakat akan menjadi agenda utamanya.

Anwar dengan terang-terangan menipu penganut Kristian. Kita tidak lupa, segala bentuk keganasan dan ketidakharmonian yang berlaku di Malaysia semuanya dicipta oleh manusia bernama Anwar Ibrahim bersama konco-konconya.

Kononnya, dengan negara yang huru-hara, impian mereka untuk berkuasa dan memerintah negara ini akan menjadi lebih mudah.

Masyarakat pelbagai bangsa dan agama sebelum ini hidup dalam kerumpunan yang penuh rasa hormat-menghormati.

Anwar yang musnahkan kerumpunan itu sehinggakan tiada lagi hormat menghormati di dalam masyarakat. Ramai yang kena jerat dengan Anwar. Ramai juga yang termakan provokasinya.

Di Kajang, beliau masuk ke Masjid menabur fitnah dan menyemai kebencian. Kedamaian rumah Allah akhirnya diratah angkara kerakusan Anwar yang mahu berkuasa.

Gerak-gerinya persis 'syaitan' yang ke hulu ke hilir dan tekun menghasut manusia tanpa putus asa. 

Jemaah yang cetek imannya, sudah pasti terpengaruh. Mereka akhirnya pulang dari Masjid dengan perasaan marah dan benci terhadap pemerintah. Itu tidak sepatutnya berlaku, mereka patut pulang dengan perasaan yang tenang dan insaf. 

Di gereja, Anwar guna modus operandi yang serupa. Penganut Kristian juga dibakar semangat kebenciannya. Dalil-dalil dan ayat al-Quran habis dimanupulasinya demi menambah rencah supaya pendengar khayal dan terpesona dengan ucapannya.

Akhirnya, rumah ibadah semakin hilang peranannya. Tempat itu kini menjadi pentas pemimpin pembangkang menghasut dan meracuni fikiran rakyat. Alahai...


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger