Kebanjiran rumah urut dan aktiviti tidak sihat di Shah Alam membimbangkan penduduk terutamanya peningkatan gejala sosial di kalangan belia.
Kini timbul persoalan mengapa aktiviti perniagaan ini tidak mampu dikekang apatah lagi kawasan ini diwakili oleh wakil rakyat dari PAS, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam.
Penulis difahamkan lesen rumah urut sudah dibekukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) namun masih berlaku penambahan premis-premis seperti itu di Shah Alam.
Dan terbaru, sebuah rumah urut baru dibuka di Dataran Automobil, Seksyen 15.
Persoalannya. adakah warga bandaraya ini memerlukan aktiviti-aktiviti seperti ini setelah penambahan premis rumah urut yang boleh didapati di setiap ceruk di Shah Alam?