'Himpunan 222: Mansuh PBS' anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan hebat apabila gagal mendapat sambutan seperti dirancang oleh mereka sebelum ini.
Kumpulan itu kononnya menyasarkan ratusan ribu para guru akan turun dan sertai himpunan itu, namun hanya lebih kurang 50 orang sahaja kelihatan dan sebahagian besarnya bukan guru tetapi mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Kumpulan itu menggunakan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebagai lokasi himpunan membantah pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Mereka berkumpul di satu bilik mesyuarat masjid berkenaan dan diadakan dalam format sidang media selama dua jam bermula sekitar jam 2.30 petang.
Kumpulan itu sebenarnya didalangi oleh parti pembangkang dan cuba berpura-pura mewakili guru-guru di Malaysia.
Pemimpin PR yang hadir adalah Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat; bekas calon pilihan raya kecil Tenang serta bekas guru, Normala Sudirman, koordinator Jingga 13 dan bekas guru, Fariz Musa; serta aktivis Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zul Hazmi. - Pilihanrayakini