Penulis tidak dapat bayangkan jika pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) di Putrajaya menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Malah, isu pembukaan HRC itu nanti bakal menjadi isu kontroversi yang cukup besar. Pihak pakatan haram sudah pasti menunggu sahaja kesilapan oleh pihak kerajaan.
Mungkin setakat ini belum lagi kedengaran suara dari pihak pakatan haram mengulas isu cadangan pembukaan HRC itu. Namun percayalah, jika ia menjadi kenyataan, seluruh jentera perang saraf mereka akan membadai kerajaan.
Maka kelak keluarlah kenyataan-kenyataan propaganda mereka yang sarat dengan pengisian supaya rakyat membenci kerajaan dan parti pemerintah. Akhirnya UMNO juga yang akan menjadi mangsa di atas cadangan itu.
Jadi wajarlah jika pihak terbabit mengambil dahulu pendapat rakyat di Putrajaya sama ada menyokong ataupun tidak pembukaan HRC itu.
Ada banyak cara lagi untuk menarik kedatangan pelacong ke Putrajya.