[TERKINI] ANAK ROSMAH BERJAYA PECAH MONOPOLI PENERBITAN FILEM HOLLYWOOD

Tuesday 31 December 20130 comments


Selepas isu jet kerajaan, Datin Seri Rosmah Mansor diheret sekali lagi oleh media pro pembangkang, kali ini tentang anak lelakinya, Riza Shariz.

Malaysiakini semalam melaporkan Riza membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan yang memetik Sarawak Report itu merujuk kepada laman web syarikat hartanah New York 'The Real Deal' yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Menurut sumber yang rapat dengan isteri Perdana Menteri itu, Rosmah tidak terkejut apabila diberitahu mengenai laporan berita tersebut kerana Riza memang telah lama terlibat dalam perniagaan jual-beli hartanah.

Oleh itu kata sumber berkenaan, pembelian aset tersebut oleh Riza bukan satu perkara yang luar biasa kerana ia sebahagian daripada urusan yang membabitkan perniagaannya.

Namun, kata sumber itu, urus niaga tersebut tiada kaitan langsung dengan diri Rosmah dan jauh sekali membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, kata sumber tersebut, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada portal-portal berita yang memaparkan kejayaan anaknya itu.

Riza, kata sumber itu, tidak pernah mendapat tender atau apa-apa projek di Malaysia atau dengan kerajaan Malaysia.

Apa yang dicapai itu didorong oleh usaha sendiri bersama rakan-rakan yang berminat dalam bidang perfileman di Hollywood.

"Beliau berbangga dengan kejayaan anaknya. Beliau juga berbangga kerana ada pihak yang berminat memaparkan kejayaan Riza walaupun tidak tahu apa niat sebenar mereka," kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.

Katanya, tindakan mengaitkan diri Rosmah dan Perdana Menteri dengan pembelian hartanah di New York oleh Riza ternyata satu lagi cubaan untuk memburukkan imej kepimpinan negara.

"Sedangkan ia sama sekali tiada kaitan jika difikirkan oleh orang yang menggunakan akal.

"Riza dan rakan-rakannya mempunyai keupayaan untuk membeli hartanah. Mereka berniaga di sana. Di New York, hartanah yang anda beli hari ini akan melonjak harga keesokan harinya," katanya.

Satu laporan dari New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Menurut laporan Sarawak Report pula, Riza memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding terkemuka dunia, KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga 2008.

Menurut sumber itu lagi, sebagai ibu, isteri Perdana Menteri itu sering berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa memanjangkan langkah mereka ke negara orang untuk mencari rezeki.

Sumber itu berkata, selesai tanggungjawab mendidik anak-anak dan memberi pelajaran secukupnya, Rosmah mahu mereka meneroka dunia yang lebih luas dan jangan hanya melihat Malaysia, jauh sekali mahu menggunakan pengaruh politik Najib untuk meraih keuntungan sendiri.

"Rosmah percaya kepada pesanan orang tua iaitu di mana ada kemahuan di situ ada jalan," kata sumber itu lagi.

Sementara itu rakan rapat Riza ketika dihubungi MalaysiaGazette di Amerika Syarikat memberitahu, sebagai menyahut cabaran ibunya, Riza mula berkecimpung dalam bidang pelaburan dan perbankan di luar negara termasuk di London sesuai dengan latar belakang pendidikannya. Beliau memperoleh nama-nama besar sebagai pelanggan.

Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong anak muda itu bersama rakan-rakannya memulakan perniagaan perfileman di Hollywood sehingga berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal.

Malah katanya, pembabitan Riza itu juga berjaya memecahkan monopoli Yahudi dalam dunia perfileman di Hollywood.

Kata rakan rapat itu, berdasarkan perkembangan tersebut, tidak mustahil Riza akan menjadi rakyat malaysia pertama dicalonkan utnuk Golden Dblobe Award dan anugerah Oscar yang berprestij itu.

"Siapa tahu satu hari nanti Riza boleh membuka laluan kepada pengarah-pengarah filem di negara ini untuk mengarah filem di Hollywood, begitu juga membawa pelakon-pelakon tempatan menempa nama di sana," katanya - MalaysiaGazette


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger