[TERKINI] GARA-GARA KANGKUNG, UNGKU AZIZ JADI MANGSA FITNAH PAKATAN HARAM

Wednesday, 15 January 20140 comments


Kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis penyampaian bantuan mangsa banjir sengaja diputar-belitkan oleh jentera siber pakatan haram.

Hasilnya, isu kangkung menjadi bahan sindiran oleh mereka untuk memberi gambaran buruk terhadap imej Perdana Menteri.

Dan terbaru, Prof. Diraja Ungku Aziz menjadi mangsa fitnah kononnya Ungku Aziz menempelak Perdana Menteri berkenaan isu kangkung melalui penulisan sajaknya.

Sedangkan, akuan yang tertera nama Ungku Aziz adalah akaun palsu yang sengaja diwujudkan oleh pakatan haram untuk dijadikan alat fitnah mereka. Kononnya itu adalah kenyataan dari Ungku Aziz sendiri. Sedangkan Ungku Aziz tidak pernah memiliki akaun 'Facebook'.

Nampaknya, isu kangkung sengaja diwujudkan bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat Mara di Selangor. Dan teknik peralihan isu itu dilihat berjaya. Tahniah pakatan haram.


Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger