[TERKINI] SEMUANYA NAIK DI SELANGOR, TIADA ORANG MARAH PULA?

Friday, 20 December 20131comments


Inilah hakikat sebenarnya, segala-galanya telah naik di Selangor. Tidak ketinggalan, kos khidmat urutan di pusat-pusat urut di Selangor pun turut naik. Mungkin 'tokey' pusat urut sengaja ambil kesempatan untuk menaikkan harga kerana pengunjung semakin ramai bertandang. Boleh kaut laba lebih sedikit. Biasalah, hantu mata sepet memang begitu.

Namun, tidak pula kedengaran suara-suara 'pejuang rakyat' baik di pihak pakatan haram mahupun dari parti UMNO. Adakah mereka tidak sedar atau sengaja buat tidak tahu akan kenaikan yang sedang berlaku di Selangor?

Harga tol dan tarif elektrik baru sahaja dicadangkan untuk dinaikkan kadarnya. Tapi kecoh seluruh negara seolah-olah Malaysia huru-hara dek kenaikan itu kelak. Masing-masing dari pakatan haram dan parti UMNO sibuk jadi jaguh.

Inilah kehebatannya bila propaganda diurus dengan sangat berkesan. Penulis tabik 'spring' kepada para 'propagandis' pakatan haram yang berjaya mengurus persepsi rakyat hingga penyokong UMNO pun jadi bengong walaupun kesan kenaikan belum lagi menghambat duit poket mereka.

Lebih cemerlang, dalam senyap-senyap, kerajaan Selangor yang dipimpin pakatan haram mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar cukai pintu, lesen perniagaan, kos kutip sampah dan lain-lain lagi ketika kemarahan rakyat terarah kepada kerajaan pusat.

Wahai rakyat Malaysia, inilah yang berlaku sebenarnya. Mungkin para pembaca masih ingat, seorang exco kerajaan Selangor telah menegur dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menghentikan dasar-dasar yang populis. Sebaliknya bersedia untuk membuat pengumum yang tidak populis demi membangunkan negeri Selangor. Sila rujuk [di sini]

Menurut exco itu lagi, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma.

Jadi, maknanya sesebuah kerajaan kadang-kadang perlu mengumumkan dasar-dasar yang tidak populis demi memelihara kestabilan ekonomi sesebuah negeri itu. Kestabilan ekonomi adalah penting untuk dipelihara demi menjamin kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Penulis faham, rakyat yang duduk di bandar emosinya mudah meradang. Biasalah, setiap hari menempuh 'traffic jam', balik pun lambat, jumpa anak pun sekejap-sekejap, bila tiada masa dengan anak, anak pula jadi liar, isteri pun tiada masa nak melayan, pokok pangkal semuanya serba tidak kena hidup di bandar ini. Mereka yang berjiwa tenang sahaja yang mampu berhadapan cabaran hidup di bandar.

Oleh itu, janganlah emosi itu diheret dalam setiap pertimbangan kita. Teliti sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Selamat mencuba!


Share this article :

+ comments + 1 comments

20 December 2013 at 18:11

Sebab kat selangor PR yg pegang tampuk pemerintahan negeri... Tak kan rakyat selangor nak bising... dah diorg undi PR utk jadi kerajaan.

Lagi satu, banyak kenaikan barangan dan perkhidmatan sejak kebelakangan ni memberikan kesan yg besar terhadap seluruh rakyat Malaysia...

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger