[TERKINI] PENDUDUK JIJIK BENDERA DAP PENUH DI SHAH ALAM

Monday, 16 December 20130 comments


Barangkali sebahagian besar warga Shah Alam terpinga-pinga dengan kehadiran bendera DAP yang memenuhi sebahagian besar jalan-jalan di Shah Alam baru-baru ini.

Bendera turut dipasang di sepanjang lebuhraya persekutuan bermula dari Tol Batu Tiga hingga Tol Sungai Rasah.

Penulis yakin, fenomena itu belum pernah berlaku sepanjang kewujudan bandaraya Shah Alam yang merupakan sebuah penempatan elit orang Melayu.

Timbul persoalan, kenapa DAP beriya-iya memasang bendera mereka di sepanjang jalan sedangkan hari keputeraan DYM Sultan Selangor tempoh hari tidak pula bendera Selangor dinaikkan menghiasi jalan-jalan di sini.

Kami tahu bahawa DAP Selangor mengadakan Konvensyen DAP Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Itu bukan alasan untuk bendera DAP itu dipasang memenuhi jalan-jalan di Shah Alam.

Berbeza pula minggu sebelumnya, parti PAS sendiri mengadakan Muktamar dan pemilihan barisan kepimpinan yang turut dibuat di Shah Alam. Namun tiada pula bendera PAS dipasang sepanjang jalan. Cuma beberapa kain rentang dipasang berdekatan dengan lokasi muktamar.

Jadi, apa tujuan DAP sebenarnya? Adakah DAP sengaja provok orang Melayu di Shah Alam? 

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger