#DunSelangor: [LIVE] EXCO MENGAKU TIPU PEKERJA-PEKERJA LADANG

Wednesday 20 November 20130 comments


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, YB Ganabathirau a/l Veraman yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor akhirnya mengaku bahawa kerajaan negeri tidak bertanggungjawab untuk membina rumah untuk pekerja-pekerja ladang di Selangor seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan di Sidang Dun Selangor sebentar tadi.

Kenyataan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri berbohong kepada pekerja ladang.

Ini kerana, Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, menabur janji kononnya PR akan membela kebajikan dan berusaha membina penempatan yang lebih tersusun kepada pekerja-pekerja ladang  jika PR terus  diberi mandat memerintah negeri Selangor.

Pemimpin itu turut meracuni fikiran pekerja ladang kononnya kehidupan susah mereka disebabkan kerajaan pusat tidak mengambil berat tentang kebajikan pekerja ladang.

Sekarang apa sudah jadi? Rupa-rupanya kerajaan Selangor yang dikuasai oleh pakatan rakyat hanya menipu pekerja-pekerja ladang. 


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger