#DunSelangor: GARA-GARA KUTUK BAJET SELANGOR, AZMIN ALI BAKAL DIPECAT?

Wednesday, 20 November 20130 comments


Bajet menghukum rakyat dan tidak memberi manfaat menyeluruh kepada negeri yang sentiasa mengharapkan pembangunan.

Ia adalah komen Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika membidas Belanjawan 2014 untuk Selangor yang dibentangkan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Tindakan Azmin sudah pasti memberi tamparan hebat kepada Khalid yang berlagak kononnya bajet yang dibentangkan itu adalah bajet terbaik buat masa ini untuk rakyat negeri Selangor.

Sebelum ini, Khalid menerima tekanan daripada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat apabila menghantar memorandum kepadanya selepas tidak puas hati dengan cadangan-cadangan di dalam bajet 2014 negeri Selangor.

Memorandum itu ditandatangani ketiga-tiga pemimpin utama parti PR di Selangor iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman; Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali; dan Pengerusi DAP Selangor, Lau Weng Sang.

Persengketaan di antara Azmin dan Khalid dijangka terus berpanjangan walaupun Anwar Ibrahim sendiri pernah campur tangan bagi melerai kemelut melibatkan kedua-dua pemimpin itu.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger