[TERKINI] "SAYA KALAH KERANA TIDAK AMAL POLITIK WANG" - SAIFUDDIN

Sunday 20 October 20130 comments


Menurut laporan Antarapos, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah percaya kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh adalah kerana beliau tidak mengamalkan politik wang.

Saifuddin melalui laman mikro Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan itu namun kesal dengan kaedah baru pemilihan yang masih tidak dapat membendung politik wang dalam Umno.

"Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ?

"@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :).

"@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya.

Saifuddin sebelum ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh.

Beliau tewas kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. 

"Saya akur keputusan perwakilan," katanya.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger