[TERKINI] PEMILIHAN UMNO 2013: UMNO SEDANG LAKSANAKAN 'OPS CANTAS'? @NajibRazak @Khairykj @TunFaisal

Thursday 26 September 20130 comments


Senarai akhir calon yang layak bertanding bagi jawatan bahagian dan pusat termasuk sayap-sayap UMNO pada pemilihan kali ini akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 pada 7 Oktober ini.

Pengumuman senarai itu hanya akan dibuat selepas penelitian terakhir terhadap setiap calon yang menawarkan diri bertanding.

Namun dalam senarai awal yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 pada semalam, pihak itu telah menggugurkan beberapa nama calon untuk pertandingan ahli Majlis Tertinggi (MT). Antara yang digugurkan adalah Tun Faisal Ismail dan Prof. Dato' Dr. Zainul Fithri Othman. Mereka digugurkan kerana tidak melepasi syarat kelayakan bertanding MT iaitu sekurang-kurangnya pernah menjadi AJK di bahagian.

Tun Faisal merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Dr. Zainul kini sedang menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (TNC) di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) Malaysia.

Sebagai seorang yang mengenali kedua-dua calon ini, penulis bersimpati dan merasakan Jawatankuasa Pemilihan wajar mempertimbangkan semula tindakan mereka itu. Calon-calon ini adalah calon yang berkaliber dan telah terbukti mempunyai pesona tertentu untuk diketengahkan  sebagai pemimpin bagi membantu parti.

Sebenarnya tidak timbul isu atau masalah kononnya Tun Faisal tidak layak kerana tidak melepasi syarat memegang jawatan di peringkat bahagian.

Kalau nak dibandingkan, tugas-tugas dan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Tun Faisal sepanjang beliau berkhidmat sebagai exco pemuda, tidak mampu ditandingi oleh mana-mana AJK Bahagian di seluruh negara. Bukan untuk mengangkat dirinya, tapi itulah realitinya bahawa Tun Faisal adalah antara exco pemuda yang rajin bekerja.


Begitu juga Dr. Zainul, sebagai seorang profesional akademik, beliau merupakan antara sebilangan kecil ahli akademik  di tanah air yang mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam bidang politik iaitu Phd. in Global Political Economy, University of Sheffield, UK. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai AJK Pemuda di Bahagian Setiawangsa sebelum ini. Jadi, Dr. Zainul bukan orang asing dalam parti UMNO.

Sebenarnya, parti UMNO masih belum berubah sepenuhnya dan laungan 'Transformasi' hanyalah indah khabar dari rupa. Pengguguran Tun Faisal dan Dr. Zainul sebagai calon MT adalah bukti bahawa demokrasi di dalam parti tidak subur dan telah dihalang akibat kerenah birokrasi yang picisan.

Penulis malas nak ulas panjang, takut nanti ada yang panas telinga dan sakit hati. Oleh itu, Penulis berharap supaya pihak Jawatankuasa Pemilihan menyelesaikan segera masalah ini dan membenarkan semula Tun Faisal dan Dr. Zainul bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi. Mereka ini adalah calon orang muda.

Jangan disebabkan karenah birokrasi, demokrasi di dalam parti terhalang. 

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger