[TERKINI] TPPA LEBIH KEJAM DARIPADA KOMUNIS!!!

Thursday, 29 August 20131comments


Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) kembali menarik perhatian saya apabila beberapa rakan blogger (sila klik di sini dan sini) mula membincangkan keraguan-keraguan yang timbul dalam perjanjian ini sehinggakan maklumat berkaitan perbincangan TTPA yang dijalankan selama ini disembunyikan daripada pengetahuan umum. 

Apakah kerahsiaan maklumat berkaitan TPPA ini merupakan petanda bahawa perjanjian perdagangan tersebut mempunyai muslihat tertentu, ataupun perjanjian ini mempunyai kepentingan hanya kepada pihak tertentu?

Saya pernah berbincang mengenai isu TPPA ini dengan beberapa pihak termasuk pengamal perundangan dan penganalisis ekonomi, dua bulan lalu. Namun hasil perbincangan tersebut menemui jalan buntu apabila tiada maklumat lengkap dikeluarkan kerajaan, apatah lagi tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) cuba melindungi segala maklumat perbincangan TPPA dilihat menimbulkan keraguan.

Mungkin isu berkaitan TPPA ini tidak begitu hangat dibicarakan masyarakat di negara ini, sementelaah pula tiada maklumat lanjut disalurkan memperjelas isi-isi perjanjian tersebut kepada rakyat. Ditambah lagi, perjanjian ini turut melibatkan istilah ekonomi dan perundangan, sudah semestinya isu ini sukar dihadam sebilangan besar masyarakat dengan mudah.

Tulisan Martin Khor ini sesuai dibaca untuk memahami lebih mendalam kesan TPPA kepada negara.

Namun sepanjangan perbincangan saya dengan beberapa orang sahabat, kami menemui satu rumusan ringkas mengenai TPPA - TPPA adalah bentuk PERJAJAHAN EKONOMI ALAF BARU. Noktah.

Sukar untuk kita melihat kepentingan TPPA kepada negara ini memandangkan wujud banyak sekatan dan halangan daripada Amerika sendiri, apatah lagi penjanjian ini jelas bakal menguntungkan Amerika lebih daripada mana-mana negara lain. 

Malah ditambah pula kemasukan Jepun dalam perjanjian ini, maka sudah terang lagikan bersuluh, TPPA bakal menjadi pengikat Malaysia kepada kuasa ekonomi dunia secara terus. Dalam erti kata lain, Malaysia bakal dijajah sekali lagi, tetapi kali ini dari sudut ekonomi.


Ekonomi negara ini bakal dijarah apabila segala keputusan berkaitan perdagangan antarabangsa harus mengikut telunjuk Amerika dan berdasarkan kepentingan Amerika. Maka Malaysia tidak lagi menjadi kuasa ekonomi yang bebas dan mampu memutuskan sebarang hubungan dagangan dengan Amerika, seandainya berlaku konflik antara kedua-dua negara.

Menyelidiki lebih jauh kepada sejarah perdagangan dunia, kita akan melihat bahawa Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia tidak akan terlibat dalam sebarang perjanjian dan persefahaman yang belum pasti menguntungkan mereka. 

Apatah lagi seperti perjanjian TPPA ini, seandainya perjanjian tersebut tidak memberi keuntungan mutlak kepada Amerika, semestinya negara Uncle Sam itu tidak turut serta dalam perbincangan ini. Maka penyertaan Amerika dalam perbincangan TPPA menimbulkan polemik dan keraguan mengenai muslihat ekonomi negara terbabit.



Mungkin perbicangan mengenai TPPA ini bakal menyebabkan sebilangan rakyat kebingungan, memandangkan pakar ekonomi sendiri pun tidak didedahkan dengan isi kandungan TPPA atas alasan "kerahsiaan berprofail tinggi". Malah sehingga ke hari ini, pihak MITI sendiri, terutama Ketua Setiusaha Kementerian itu, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria masih terus berteka-teki mengenai TPPA kepada khalyak umum, seolah-olah terlalu banyak muslihat terselindung.

Walau bagaimanapun sebagai rakyat yang cintakan negara dan tidak mahu sebarang campur tangan asing untuk menguruskan soal ekonomi negara, kita perlu bertegas menolak TPPA atas kepercayaan saya bahawa TPPA bakal meranapkan ekonomi Malaysia, apabila perjanjian ini bakal mengikat ekonomi kita kepada Amerika secara langsung. Percayalah TPPA tidak memberikan apa-apa kelebihan besar kepada Malaysia, apatah ekonomi kita selama ini boleh membangun sendiri tanpa perlu sebarang perjanjian karut sebegini.

Infografik menerangkan TPPA sebagai strategi geopolitikal Amerika.

Selanjutnya, [klik sini]
Share this article :

+ comments + 1 comments

7 September 2013 at 20:57

Saudara Admin, Saya mengajak saudara seIslam dan sebangsa untuk mengikuti suatu PEMBONGKARAN ! Hangat dan Penting!

http://www.ismaweb.net/v4/2013/09/simposium-mendepani-agenda-asing-melayu-dalam-krisis-kepimpinan/

Sila hebahkan! Tkasih

Post a Comment

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger