[TERKINI] SIDANG DUN SELANGOR: INDUSTRI CURI PASIR BUKTI KERAJAAN SELANGOR LEMAH!!!

Wednesday 3 July 20130 comments


ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus mahu kerajaan negeri bertindak tegas membanteras kegiatan pencurian pasir serta pembalakan haram yang katanya semakin berleluasa di negeri Selangor.

Menurut beliau, kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, seolah-olah memandang remeh perkara ini sedangkan ia merupakan sumber kewangan negeri.

"Kecurian pasir di Hulu Langat RM300 ribu sehari. Isu kecurian RM300 ribu sehari, bererti kerajaan Selangor kerugian RM9 juta sebulan.

"Saya tidak tahu kenapa pihak kerajaan ambil isu ini sebagai remeh temeh isu kecurian pasir dan pembalakan haram ini. Sepatutnya rakyat nak tahu apa tindakan tegas kerajaan.

"Kalau mereka kata ini satu fitnah atau tuduhan tidak berasas, pihak kerajaan perlu jawap. Sehingga hari ini pihak kerajaan tidak jawap" katanya pada sidang media Bangunan Annex di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mengembalikan kuasa pengurusan pasir dan pembalakan ini kepada Pejabat Tanah dan Galian dan bukannya diberikan kepada syarikat swasta.

"Kita berharap kuasa dikembalikan semula ke pejabat tanah seperti di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

"Macamana kerajaan tidak boleh membanteras perkara ini, ini menunjukkan kelemahan kuasa sepenuhnya yang diberikan oleh pihak kerajaan?" soalnya.

Pakatan Rakyat yang berjaya mengambil-alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008 menyerahkan urusan perlombongan pasir di negeri itu kepada Kumpulan Semesta.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger