[TERKINI] SIDANG DUN SELANGOR: EXCO TERKEDU BILA DITANYA TENTANG RUMAH URUT!!!

Wednesday 3 July 20130 comments


Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim mengakui Selangor berhadapan dengan fenomena lambakan rumah urut tidak terkawal.

Beliau juga tidak menafikan rumat urut baru dan pusat hiburan berkenaan beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang kelulusan.

"Kalau kita selalu melakukan pemeriksaan setiap hari pun, dalam masa setahun pun tak habis. Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini.

"Untuk isu-isu seperti ini, kemukakan maklumat yang lengkap kepada pihak berkuasa bagi memudahkan membuat pemantauan kerana ada banyak rumah urut, ada banyak pusat hiburan," katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Jakiran Jacomah (BN-Bukit Melawati).

Teng berkata, aduan itu perlulah lengkap dan meminta orang ramai menghantar satu salinan kepada dirinya juga agar beliau dapat memastikan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas mereka.

"Sekiranya ada aduan, hantarkan satu salinan kepada saya supaya saya juga dapat mengingatkan PBT untuk mengambil tindakan terhadap aduan tersebut," katanya.

Bilangan pusat hiburan dan rumah urut di Selangor dilaporkan meningkat sejak tahun 2008, iaitu apabila kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini. Walaupun lesen baru tidak dikeluarkan, difahamkan kebanyakannya pusat berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Teng juga berkata pihak berkuasa tempatan menjalankan sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49 penyitaan.

Namun mereka masih gagal menyelesaikan masalah berkenaan, kata Teng sambil menambah, kerajaan negeri juga mengenal-pasti terdapat 929 premis judi.

Bagaimanapun, PBT berusaha mengatasinya dengan membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis terbabit.

"Memang ada buat permohonan kepada TNB untuk potong elektrik termasuk juga permohonan buat pemeriksaan, saman, menyita dan sebagainya. Tapi tak selesaikan masalah juga," katanya.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger