[TERKINI] PRK KUALA BESUT: PERKEMBANGAN SEMASA PROSES PENGUNDIAN!!! @kualabesut_ #KualaBesut

Wednesday, 24 July 20130 comments



Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada sejam pertama sejak pusat-pusat mengundi dibuka adalah memuaskan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata, sehingga jam 9 pagi tadi, seramai 2,406 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab dan meningkat sebanyak 15 peratus.

Katanya, jika dicampur pengundi awal menjadikan jumlah kepada 3,318 dan meningkat kepada 19 peratus.

"Ini bermakna dari segi satu jam pertama, ia sangat memuaskan hati SPR apabila ia mencecah 10 peratus.

"Kita menjangkakan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi dalam 75 sehingga 80 peratus," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut berpuas hati dengan tingkah laku yang ditunjukkan pengundi-pengundi di sini.

"Saya dapati pengundi di sini cintakan keamanan.

"Penyokong dan pengundi yang datang di pusat-pusat mengundi dapat bercampur dengan baik," katanya lagi.

Beliau menambah, semangat pilihan raya dengan menunjukkan poster calon dan parti masing-masing ada namun tidak ada sebarang provokasi.

"Ada dua kumpulan, setakat ini SPR telah pergi ke dua pusat mengundi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Nangka serta Sekolah Kebangsaan Kuala Peroi.

"Dari pemerhatian kita sepanjang perjalanan ke sekolah-sekolah itu, saya dapati pengundi cintakan keamanan, ketenteraman, dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan begitu disipilin dan tertib.

"Penyokong parti yang datang berhampiran, mereka boleh bercampur gaul di antara dua penyokong parti yang berlainan, tak berbalah, bertengkar atau mengejek antara satu sama lain," katanya.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger