[TERKINI] PRK KUALA BESUT: 17 SEBAB KENAPA PENGUNDI KENA TOLAK CHE LONG!!! @kualabesut_ #kualabesut

Tuesday 23 July 20131comments


Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 


1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :

a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di Cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perlantikan Che Long sebagai calon di sana hasil aturan Husam yang mahukan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Manakaka, ahli PAS akar umbi di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam mencantas kedudukan YB Ustaz Satiful Bahri sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Perhubungan Pas Terengganu.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan oleh kepimpinan tertinggi PAS.

8) Ahli Pas Kuala Besut mula bercakap tentang kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti kerana isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan semula walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.

11) Ke mana hilangnya Pesuruhjaya PAS Terengganu, Wahid Endut yang sudah tidak kelihatan dalam kempen dan ceremah PAS di sini?

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.

13) Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Saboh, mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
23 July 2013 at 20:20

Sebab PAS parti tonggong tak tahu mentadbir negara, hatta memilih rakan dan sekarang seorang bakal pemimpin pun tak tahu cara nak buat...

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger