[TERKINI] PEMILIHAN UMNO 2013: KISAH IKTIBAR BUAT PARA PERWAKILAN UMNO DI SELANGOR!!! #UbahSel

Monday 29 July 20130 comments


Barangkali ramai yang setuju dengan usaha sesetengah pihak yang mahukan revolusi kepimpinan di dalam UMNO Selangor. Dan mungkin juga ramai tertanya-tanya kenapa perlunya revolusi di dalam UMNO Selangor sedangkan pemimpin sedia ada bukan calang-calang orang. Jadi golongan itu tidak bersetuju jika revolusi berlaku.

Namun tiada apa yang pelik. Sudah lumrah manusia, ada yang sedar dan mahu berubah. Ada yang masih teragak-agak untuk berubah. Dan ada juga sudah sedap dan tidak mahu berubah. Namun, yang pasti perubahan itu jika berlaku perlulah ke arah kebaikan.

Wajib Baca!!!
Al-kisah tentang seorang hamba ini yang terlalu teruja untuk menyertai UMNO. Namun nasib tidak menyebelahinya. Akibat mementingkan diri sendiri, seorang pemimpin UMNO yang berkuasa di kawasan itu telah membuat helah yang pelbagai supaya hamba ini tidak dapat menyertai UMNO.

Difahamkan, hamba ini telah beberapa kali menyerahkan borang keahlian UMNO kepada pemimpin UMNO itu. Namun nasib malang terus membelenggu, hamba ini tetap gagal menjadi ahli UMNO. 

Rupa-rupanya, hamba ini bukan calang-calang orang. Beliau merupakan seorang doktor yang dihormati di kawasan itu. Keupayaannya sangat luar biasa. Perkhidmatan kesihatan yang ditawar oleh hamba ini tidak pernah dibuat orang. Hamba ini bukan hanya menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang susah, tetapi sanggup ke rumah mangsa untuk memberi rawatan kesihatan.

Jadi, hamba ini sangat terkenal di kalangan masyarakat di kawasan itu. Terserlah ciri-ciri seorang pemimpin dalam diri hamba ini. Maka, akibat cemburu dan busuk hati, pemimpin UMNO itu terpaksa bersilat mencari helah agar hamba ini tidak menyertai UMNO. Mungkin pada fikiran pemimpin UMNO itu, kedudukannya akan tergugat jika hamba ini menyertai UMNO.

Akhirnya, hingga kini hamba ini tidak dapat menyertai UMNO. 

Hamba ini yang dimaksudkan adalah seorang wakil rakyat di Selangor. Kini merupakan Exco kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab menjaga portfolio Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau adalah Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang.

Seorang yang disekat kemasukan ke dalam UMNO, dan kini menjadi salah seorang pemimpin PAS Selangor yang dihormati. Beliau juga antara nama yang disebut sebagai calon Menteri Besar jika Pas menang besar dalam PRU-14 akan datang.



*Penulis menyokong gerakan revolusi kepimpinan di dalam UMNO Selangor jika usaha itu demi kebaikan UMNO keseluruhannya.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger