[TERKINI] PEMILIHAN UMNO 2013: AHLI UMNO SELANGOR LANCAR KIBAR BENDERA UMNO SEPARUH TIANG!!?

Sunday, 28 July 20130 comments


Nampaknya ahli UMNO akar umbi di Selangor tekad menuntut perubahan di dalam tampuk kepimpinan UMNO di Selangor. 

Penulis diberitahu wujudnya gerakan dari kalangan ahli UMNO di Selangor yang akan berkempen bagi memastikan ketua-ketua UMNO Bahagian (KUB) yang liat dan enggan berundur dihalang daripada meneruskan niat mereka untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

Kumpulan ini melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Dato' Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Abdul Syukur Idrus sebagai timbalan pengerusinya.

Khabarnya, kumpulan ini tidak senang akan perkembangan kononnya KUB-KUB yang terdiri daripada calon-calon yang kalah PRU-13 masih menanam impian untuk mempertahankan jawatan mereka.

Jelas sumber, kumpulan ini bakal melancarkan gelombang dan kempen secara besar-besaran dengan mengibar bendera UMNO separuh tiang sebagai tanda bermulanya revolusi di Selangor.

Antara tuntutan mereka adalah:

1. Mendesak KUB yang telah berkhidmat lebih dua penggal supaya melepaskan jawatan dan tidak mempertahankannya.

2. KUB yang kalah pada pilihanraya yang lepas digesa berundur serta merta dan melupakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

3. Para perwakilan diminta supaya melaporkan segala kegiatan rasuah dan beli undi yang melibatkan calon-calon bertanding. Jika calon ditangkap, pengadu akan diberi ganjaran RM1000.

4. Para perwakilan diminta supaya menolak calon-calon 'kaki projek' yang dikenal pasti hanya menggunakan jawatan dalam UMNO untuk mendapatkan projek-projek kerajaan.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger