[TERKINI] SEORANG LAGI BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR SERTAI PAKATAN RAKYAT!!?

Thursday, 27 June 20131comments


Beberapa pihak memaklumkan kepada saya mengenai perjumpaan sulit beberapa wakil kepimpinan Pakatan Pembangkang dengan seorang bekas Menteri Besar Selangor bagi memujuk beliau menyertai Pakatan tersebut, pagi ini.

Khabar ini benar-benar mengusarkan saya memandangkan sebelum ini seorang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah berjaya dipujuk untuk meninggalkan UMNO.

Muhammad, juga bekas Ketua Bahagian Kelana Jaya didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO Selangor yang membelakangkan pemimpin berpengalaman seperti beliau menyebabkan tawaran untuk menyertai pembangkang diterimanya lebih mudah.

Berbeza dengan Muhammad, bekas Menteri Besar UMNO ini pula sedang menghadapi petisyen rayuan kesnya bersabit dengan penyalahgunaan kuasa oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam nampaknya cuba dibeli oleh wakil pemimpin pembangkang dengan tawaran bantuan guaman secara percuma terhadap kesnya itu.

Malah wakil pemimpin pembangkang berkenaan turut berjanji akan memastikan bekas Menteri Besar Selangor itu bebas dari sebarang tuduhan yang disabitkan dengannya sebelum ini.
.
Walau bagaimanapun, bekas Menteri Besar berkenaan sehingga ke masa ini masih belum memberikan kata putus berkenaan penerimaan tawaran tersebut. Malah bekas Menteri Besar ini juga didakwa masih bermain teka-teki sama ada bakal menyertai Pakatan Pembangkang, sama seperti dilakukan Muhammad ataupun meneruskan perjuangannya di dalam UMNO.

Selanjutnya, [klik sini]
Share this article :

+ comments + 1 comments

27 June 2013 at 23:01

Insyaallah Dr. Khir akan terus berjuang bersama UMNO...

Post a Comment

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger