[TERKINI] SMS FITNAH, CALON BN SIJANGKANG BUAT LAPORAN POLIS!!! #PRU13 #N51 #SayangiSelangor

Thursday, 2 May 20130 comments


KUALA LANGAT- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Zurihan Yusop hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS yang didakwa memfitnahnya.

Bekas guru itu berkata SMS itu kononnya mendakwa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas pelajar diterimanya sehari selepas penamaan calon 20 April lalu.

Katanya beliau mendapat maklumat SMS fitnah itu telah disebarkan kepada pelbagai pihak termasuk orang awam.

"SMS ini saya terima daripada individu yang tidak dikenali dan kandungannya berunsurkan fitnah, jika benar saya mempunyai hubungan sulit dengan pelajar tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau berkata tuduhan dalam SMS itu tidak berasas dan tidak menolak ia mempunyai kaitan politik dan cubaan mencemarkan imejnya sebagai calon BN.

"Justeru saya membuat laporan polis hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat siapa dalang sebenar di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Katanya penyebaran SMS itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkempen menjelang hari mengundi 5 Mei ini. 


UNDILAH CALON BN N51 SIJANGKANG, CIKGU ZURIHAN YUSOP

Sumber: teamediaselangor.blogspot.com
Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger