GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK AKAN DISIARKAN DALAM HARAKAH!!! #PRU13 #BN4ShahAlam #SayangiSelangor

Thursday 2 May 20130 comments



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lim Kit Siang seorang rasis atau memohon maaf terhadap penasihat DAP itu.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mutlutnya.

"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.

"Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di sini malam tadi,

Lebih 10,000 orang hadir pada program itu. Turut sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga Datuk Ahmad Nawawi M Zain dan calon BN kerusi DUN Kota Anggerik, Mohd Yusof Din.

Dr Mahathir juga menyifatkan pembangkang sebagai bongkak kerana mengeluarkan kenyataan untuk menangkap dan memenjarakan beliau walaupun belum memerintah
negara.

"Mereka belum jadi kerajaan dah tunjuk sikap bongkak nak tangkap orang, tunggulah sekejap... pada 5 Mei kita nak lihat siapa kena tangkap," kata Mahathir berseloroh sambil disambut sorakan ribuan hadirin.

Menjawab suara sumbang pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa beliau masih berkempen walaupun sudah bersara, Dr Mahathir berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, satu daripada pantun itu bernada sinis, seperti berikut: "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik siapa peduli?"

Dr Mahathir turut meminta rakyat Selangor khususnya di Shah Alam supaya menolak pembangkang dan mengundi calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),
5 Mei ini.

"Dengan undi yang tidak berbelah bahagi, insya-ALLAH BN akan kembali ke Selangor dan seterusnya kekal memerintah Malaysia," katanya. 


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger