[TERKINI] MISI GAGAL, NOH OMAR SEDIA BERUNDUR DAN DIHUKUM PARTI!!!

Thursday 23 May 20131comments


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengakui beliau gagal membantu BN menawan kembali Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu dan bersedia berdepan sebarang tindakan daripada parti.

Menurut Noh, beliau akan mengambil tanggungjawab kekalahan teruk BN di Selangor kerana usaha-usaha dan program yang dilaksanakan gagal.

Katanya, walaupun tsunami undi Cina mempengaruhi kegagalan BN di Selangor, namun kegagalan parti juga perlu diakui.

Noh berkata, selaku individu yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi BN negeri, beliau bersedia untuk menerima sebarang arahan dan keputusan yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN Selangor.

"Saya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, jika Perdana Menteri mahukan pemimpin yang baharu menerajui Selangor saya rela berundur demi kepentingan parti, bagi saya masih belum terlambat untuk menyelamatkan BN Selangor.

"Mungkin ada hikmahnya saya tidak dilantik semula sebagai menteri, situasi membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan di Selangor," katanya selepas majlis penyerahan tugas Menteri Industri Asas Tani seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Keputusan PRU-13 di Selangor menyaksikan BN gagal mencapai misi merampas tampuk pemerintahan daripada pakatan pembangkang apabila hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Share this article :

+ comments + 1 comments

24 May 2013 at 03:21

Eloklah berundur. Zin Badak pun perlu ikut sama. Kegagalan mereka berdua adalah atas faktor kepentingan diri. Leadership quality is at ground zero level. Zin gunakan peruntukan untuk promosi diri sendiri. Selangor tak perlu pada pasangan kedah dan johor untk menjaga negeri darul ehsan. Selangor untuk selangor. Ada faham!!!

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger