Namun uniknya di Malaysia, walaupun masyarakat cina menguasai hampir 80% pegangan ekonomi negara, mereka tidak menguasai pemerintahan di negara ini. Kuasa politik dan pemerintahan masih kekal milik orang Melayu-kaum bumiputera.
Itu semua berlaku akibat persefahaman pemimpin negara terdahulu yang setuju supaya masyarakat cina terus diberi autonomi dalam ekonomi ketika era awal merdeka. Kononnya supaya ekonomi negara ketika itu terus terpacu dan kukuh kerana masyarakat cina sudah menguasai ekonomi sejak zaman penjajah British lagi.
Oleh itu, pembinaan negara mahu dilancarkan urus tadbirnya ketika itu.
Tindakan itu mula nampakkan kesan buruknya. Sistem pengagihan ekonomi yang hanya dimonopoli sesebuah kaum dikatakan antara punca berlakunya peristiwa hitam '13 Mei'. Penguasaan sesuatu kaum sahaja adalah tidak baik untuk sebuah negara yang punya pelbagai kaum. Maka tertubuhlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai langkah kepada mengharmonikan sistem ekonomi negara.
Perlaksanaan DEB mula menampakkan hasilnya. Ramai orang Melayu sudah punya pendidikan dengan tertubuhnya Institut Teknologi Mara (ITM), ada juga yang mula ceburi bidang perniagaan dan berjaya. Tidak kurang juga yang gagal. Tapi sekurang-kurangnya, dengan pendidikan, orang Melayu sudah pandai berniaga.
Namun, sikap dengki dan tidak mengikut arahan merencatkan usaha pembangunan ekonomi orang Melayu.
Malangnya, senario itu masih kekal hingga kini walaupun jumlah usahawan dan peniaga Melayu meningkat.
Kesedaran orang Melayu masih rendah. Walaupun sentiasa diingatkan dengan pesanan Rasulullah s.a.w tentang perlunya orang Islam menceburi keusahawanan. Mereka masih pilih jalan mudah. Katanya sebab 'bisnes' itu susah. Sebab itu orang Melayu masih kekal sebagai 'kuli-pekerja'.
Kini, akibat kuasa politik orang Melayu mula goyah, timbul pula cakap-cakap tentang perlunya orang Melayu menguasai ekonomi. Mereka guna sifir mudah, kononnya orang Melayu punya kuasa beli terbesar, maka orang Melayu boleh menguasai ekonomi.
Mungkin benar, tapi kalau dipakai sifir mudah itu, maka gagallah cita-cita itu.
Sebenarnya, tiada istilah 'mudah' dalam fikiran pemain ekonomi. Sebab itu orang Melayu kena buang jauh-jauh 'minda mudah', 'minda subsidi' dan segala minda yang mengeyangkan hawa nafsu sahaja.
Sebab apa nabi suruh berniaga? Ini kerana seorang usahawan yang mahu berjaya perlu cekal, tabah, berani, berusaha, bersungguh, yakin, dan lain-lain. Itu semua adalah sifat-sifat mahmudah. Sifat-sifat yang dituntut oleh agama kepada setiap orang Islam. Itulah indahnya kerjaya usahawan.
Jadi, untuk berjaya dalam ekonomi, usahawan Melayu kena berubah. Berubah jadi Muslim yang baik. Kalau masih dengki-mendengki, tamak, sombong dan segala perangai buruk masih bersarang. Selagi itulah orang Melayu tidak akan berjaya dalam ekonomi walaupun punya kuasa beli terbesar.
Kita bukan macam di sana, boleh buka rumah-urut, jadi bookie bola, pembekal pelacur, pengimport barang tiruan, pembalak haram, pemilik disco, pemilik rumah judi dan pembekal dadah.
Kita tidak perlu jadi seperti mereka untuk jadi usahawan berjaya.
Kita hanya perlu sedar diri, berubah dan bersatu. Sebelum boikot produk mereka, kita kena boikot rumah urut, pusat judi, pelacur, barang tiruan, disco dan dadah-dadah yang diusahakan oleh mereka.