SELANGOR TERUS BERGOLAK, DAP MUNGKIN GUNA VIDEO SEKS TEKAN KHALID IBRAHIM!!?

Monday, 20 May 20130 comments


Kerajaan Selangor terus dibelenggu masalah perebutan kuasa terlampau apabila pakatan rakyat masih bertelagah tentang pembahagian jawatan exco kerajaan negeri.

Tiada kata putus dicapai dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Selangor berhubung pembahagian kerusi Exco di kalangan parti komponen pada Khamis lalu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berkata kesemua nama telah diserahkan kepada pihak istana dan terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memberi pekenan.

Dr Rani menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk memberi DAP empat kerusi exco.

Beliau menjelaskan dalam pertemuan tempoh hari, Pakatan Rakyat Selangor hanya mengemukakan beberapa pilihan nama calon untuk diserahkan kepada Sultan. Tiada sebarang keputusan jumlah kerusi dibuat.

"Tak betul...kita ada beberapa pilihan. Terpulang kepada Sultan yang mempekenankan," katanya.

"Kita bertemu itu hari, kita tak pernah kata pun ini satu-satunya pilihan...tidak. Kita ada beberapa pilihan lain," jelas beliau kepada Antarapos.

Menegaskan ketetapan tersebut telah dipersetujui bersama sebelum ini, ADUN Meru ini menyeru semua pihak agar menerima apa sahaja keputusan Sultan Selangor.

"Kita ada dua - tiga pilihan, mana-mana yang diperkenankan yang dibincang dengan Menteri Besar dengan Sultan. Kita terima sahajalah.

"Sebab mana-mana Exco di mana-mana negeri tidak akan dilantik menjadi Exco melainkan dengan perkenan Sultan. Kalau Sultan tak berkenan mana-mana Exco, tak boleh terima (memegang jawatan).

"Dan kalau inilah yang diputuskan, terimalah...ini pun salah satu daripada pilihan-pilihan. Kalau ada pilihan lain pula yang dipekenan, terima sahajalah. Apa yang nak dipertikaikan lagi.

"Takkanlah semua pilihan dipertikaikan mengikut kehendak parti tertentu. Kita sudah bertemu dan kita sudah beritahu ini adalah pilihan-pilihan yang dihantar (kepada Sultan), mana satu yang diterima oleh Sultan, kita terima," jelas beliau.

Khalid dalam satu majlis di Pelabuhan Klang malam tadi berkata Pakatan Rakyat Selangor bersetuju untuk mengguna-pakai formula 3:3:4 (PKR (3), DAP (3) dan PAS (4)) yang mana senarai calon exco telah diserahkan kepada pihak istana pada Jumaat.

Namun Tony yang turut berada dalam mesyuarat itu tempoh hari mendakwa DAP seharusnya mendapat empat kerusi exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid.

“Semalam kami dapati senarai nama yang lain,” Tony dipetik sebagai berkata.

“Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis,” tambah beliau.

Pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kekuasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi DUN sekaligus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi, manakala PKR 14 kerusi.

Namun pertikaian di kalangan parti komponen pembangkang berterusan di mana masing-masing ingin menuntut kerusi lebih untuk jawatan dalam exco Selangor.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger