SELANGOR BERGOLAK, DAP BUAT TUNTUTAN GILA PADA KHALID!!!

Sunday 19 May 20130 comments


DAP Selangor mempersoalkan pembahagian kerusi exco negeri yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Timbalan Pengerusi DAP negeri Tony Pua berkata parti itu seharusnya mendapat empat kerusi exco negeri, bukan tiga sepertimana yang diumumkan oleh Khalid.

Tony menegaskan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor telah bersetuju dalam mesyuarat pada Khamis bahawa DAP akan mendapat empat kerusi exco, manakala PAS akan mendapat tiga.

Khalid pada majlis di Pelabuhan Klang semalam memaklumkan pakatan pembangkang Selangor menggunapakai 'formula 3:3:4' iaitu PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi, manakala PAS empat kerusi. Manakala jawatan Speaker akan dipilih di kalangan DAP.

"Malam tadi, kita dapati senarai nama berlainan," kata Tony kepada pemberita.

"Kita mahu tahu kenapa, hari Khamis tiada masalah," beliau menambah.

Tony berkata, beliau hanya mendapat tahu tentang peruntukan kerusi exco melalui mesej Twitter oleh Khalid malam tadi.

"Kami terkejut dengan Tan Sri (Khalid)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Apa gunanya mesyuarat itu?" soal beliau lagi.

Tony berkata pemimpin DAP Datuk Teng Chang Khim dan Teresa Kok telah cuba menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

Malam tadi, Khalid berkata senarai nama untuk exco Selangor, bersama-sama dengan alternatif yang dicadangkan, telah diserahkan kepada pihak istana, Jumaat lepas.

Beliau berkata exco negeri akan mengangkat sumpah dalam tempoh dua minggu akan datang.

Khalid bagaimanapun enggan untuk menamakan barisan exco berkenaan atau mengesahkan jika nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dimasukkan ke dalam senarai.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger