[TERKINI] : SEBARKAN!!! POLIS BURU 'DATUK SERI' BANTU SIASATAN #OpsDaulat

Thursday, 4 April 20130 comments


LAHAD DATU - Seorang lagi lelaki yang bergelar 'Datuk Seri' dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat di Sabah.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali, 57, itu memperoleh gelaran tersebut daripada Kesultanan Sulu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang dalam sidang akhbar hari ini berkata, lelaki tersebut dikehendaki kerana dipercayai dapat membantu pihak pihak polis menyelesaikan kes berkaitan Ops Daulat.

"Pihak polis berharap beliau segera menyerah diri di balai polis berdekatan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu tersebut segera menghubungi pihak polis.

Kok Liang berkata, alamat terakhir individu yang dikehendaki itu ialah di Nombor 55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah.



Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger