[PANAS] : TERBONGKAR! MASALAH DALAMAN PKR SELANGOR KRITIKAL!!! #SaveSlgr

Friday 5 April 20131comments


Kedudukan PKR di Selangor masih amat tidak menentu. Pergolakan dalaman masih belum reda. Pelbagai strategi diatur oleh pihak-pihak yang bertikai untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Walaupun kini sudah pasti Pre
siden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) tidak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, persoalannya tetap sama apakah beliau akan diangkat menjadi menteri besar jika bertanding dan menang?

Jika demikian sudah tentu ego Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tercalar. Bunga-bunga keresahan Khalid dapat dilihat daripada “syarat” yang diletakkannya ketika memberi komen tentang kemungkinan Kak Wan menjadi menteri besar.

Calon menteri besar mestilah pemastautin tetap di Selangor?

Kata Khalid, seseorang calon menteri besar mestilah pemastautin tetap di Selangor sedangkan Kak Wan tinggal di Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sama ada isu pemastautin memang syarat menjadi menteri besar di Selangor, sukar dipastikan. Namun bila dibaca nada komen Khalid itu ia membayangkan rasa keberatan beliau menerima presiden parti itu menjadi menteri besar.

Bersediakah Khalid untuk melepaskan jawatan menteri besar

Jika senario itu terjadi sanggupkah Khalid yang memang terkenal dengan ego besarnya duduk di kerusi Exco kerajaan negeri dan menerima arahan daripada Kak Wan?
Begitu juga sebaliknya. Jika Kak Wan bertanding dan menang di Selangor, adakah beliau sanggup menjadi Exco dan menerima arahan daripada Khalid walhal beliau adalah presiden PKR?

Keadaan pelik ini membayangkan memang banyak yang tidak kena dalam PKR. Seteru Khalid ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali. Beliau juga adalah Ketua Perhubungan PKR Selangor.

Lebih penting lagi, Azmin ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat. Mungkin untuk meredakan ketegangan di antara Azmin dengan Khalid, Kak Wan cuba mencelah dengan membayangkan akan bertanding kerusi DUN Selangor.

Yang pasti Khalid tidak bersedia untuk melepaskan jawatan menteri besar. Sebab itu nama Kak Wan dilambung sebagai bakal bertanding di Selangor. Langkah ini akan menyekat Azmin Ali mencampuri ehwal politik Selangor.

Bisikkan isyarat Faekah kepada Wan Azizah

Strategi ini tidak sukar Khalid dilakukan. Beliau hanya perlu mengarahkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, untuk membisikkan pada Kak Wan supaya mengisyaratkan kepada media kemungkinan beliau bertanding di DUN Selangor.
Jika isyarat itu datang daripada Kak Wan sudah pasti Azmin tidak berani berselisih faham dengan isteri Ketua Umum PKR! Mungkin melalui cara ini Khalid dapat menghindari campurtangan Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Selain itu, demi mengelak Azmin “mengganggu” kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid menggunakan taktik menggertak. Sebab itu sebelum Parlimen dibubarkan Rabu lalu, Khalid sudah tiga kali mengugut untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor lebih awal.

Mungkin Khalid mahu menghantar mesej bahawa di Selangor, beliaulah yang berkuasa. Pihak parti usah masuk campur. Keangkuhan Khalid ini memang konsisten. Jika beliau jurang senang dengan keputusan parti, beliau akan memilih untuk tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR.

Anwar “mati akal” dengan karenah Khalid
Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lazimnya akan “mati akal” dengan karenah Khalid. Syor dan arahan beliau selama menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, sering tidak dihiraukan oleh Khalid.

Lumrahnya, jika Khalid tidak hadir mesyuarat Biro Politik, Anwar tidak berani berkata apa-apa. Anwar terpaksa menelan sahaja disiplin buruk Khalid kerana bimbang rakyat akan sedar ketidakupayaan beliau mengawal satu-satunya kerajaan negeri PKR.

Tambahan pula, sebagai menteri besar, Khalid mempunyai akses pada tabungan politik PKR Selangor yang memang mudah mendapat dana secara langsung atau tidak langsung  daripada kerajaan negeri.

Secara logiknya Anwar boleh sahaja mengarahkan Azmin menggugurkan Khalid daripada senarai calon DUN Selangor. Perintah sebegini memang ditunggu-tunggu oleh Azmin.

Kak Wan “penyendal” politik Azmin dan Khalid

Namun timbul lagi satu masalah, jika Khalid bukan ahli Dewan Undangan Negeri dan tidak menjadi menteri besar, bolehkah Azmin menggantikannya? Cuma Anwar boleh menjawab.
Oleh kerana hasrat meletakkan Kak Wan bertanding di Selangor “dibocorkan” sendiri oleh Kak Wan. Maka tidaklah terlalu tersasar disimpulkan bahawa itu memang strategi atau arahan Anwar .

Bagi penyelesaian jangka pendek Anwar mungkin cuma membiarkan Kak Wan menjadi “penyendal” politik di antara Azmin dan Khalid demi mengelak perselisihan ini menjadi bualan rakyat.

Ada banyak faktor lain yang Anwar perlu pertimbangkan. Antaranya ialah bagaimana jika di akhir PRU 13, PKR tdak memiliki majoriti kerusi dewan undangan negeri Selangor.

Sementara itu biarlah Khalid meroyan memikirkan mahu bertanding kerusi mana di Selangor. Atau, mungkin beliau perlu melayan kebimbangan langsung tidak bertanding di Selangor lagi.


[sumber]
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger