[TERKINI] PENCERAMAH PKR MAUT DALAM NAHAS DI SHAH ALAM!!! #PRU13

Monday 29 April 20130 comments


SHAH ALAM - Seorang penceramah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini.

"Siasatan mendapati mangsa di serang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk di bedah siasat,'' katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian. - Utusan Online

*gambar sekadar hiasan
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger