Malam tadi, setakat jam 10.15pm di Bilik Gerakan Kg Idaman melalui head-count yang dibuat adalah dibawah 29 orang. Begitu mudah untuk membuat kiraan dengan kehadiran selain jentera ialah berjumlah 9 orang termasuk seorang kanak-kanak.
Selebihnya adalah jentera yang diambil kira dari pemakaian vest oleh mereka yang hadir disitu.
Difahamkan bahawa Khalid akan berucap disitu, tapi ketika meninggal tempat itu jam 10.30pm tiada tanda-tanda yang beliau akan mucul. Bahkan saya beranggapan yang Khalid tidak akan muncul sama sekali.
Jika perkara yang sama berterusan, gelaran heavyweight tidak lagi layak untuk Khalid dan beliau kini berdepan dengan penurunan ranking kepada kategorinovice!
Sesungguhnya, penghijrahannya dari Ijok ke Pelabuhan Klang adalah satu mala petaka terhadap karier politiknya.
Bukan itu sahaja, tidak mustahil baginya dicatatkan sebagai penyandang jawatan MB yang pertama kalah dalam PRU dalam sejarah negeri Selangor.
Selanjutnya, [klik sini]