[PRU13] @KHALIDSAMAD BENGANG ZUL NORDIN DIJULANG MASYARAKAT INDIA #SayangiSelangor #UbahSelangor

Sunday 21 April 20130 comments




Dakwaan pakatan haram dan gang-gang Khalid Samad kononnya pencalonan Zulkifli Nordin mendapat bantahan oleh masyarakat India adalah fitnah semata-mata.

Kehadiran luar biasa masyarakat India dan menyertai kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon menolak fitnah jahat pakatan haram.

Kebanyakkan masyarakat India yang hadir telah menukar baju dan menyarung baju BN sebagai tanda sokongan padu masyarakat itu terhadap pencalonan Zulkifli di Parlimen Shah Alam walaupun baru-baru ini beliau terlibat dengan kontroversi video.

Mereka sekali lagi membuat kejutan di hadapan para pemberita apabila mengangkat dan menjulang Zulkifli Nordin sebaik sahaja selesai penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Seksyen 19.

Kehadiran luar biasa 1,500 orang penyokong BN di hari penamaan calon menunjukkan gelombang perubahan bakal berlaku di Shah Alam.

Gambaran itu sedikit sebanyak memberi sedikit keyakinan bahawa BN mampu merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam yang disandang Pesuruhjaya Pas Shah Alam, Khalid Samad.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger