Pengumuman rasmi yang sepatutnya dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan terpaksa dihentikan seketika gara-gara calon Parlimen Khalid Samad tidak berpuas hati jarak penyokongnya agak jauh walaupun jarak antara kedua-dua penyokong adalah sama.
Keadaan itu menimbulkan rasa tak puas hati Khalid yang mendesak polis memberikan ruang kepada penyokong pakatan haram mara sedikit ke hadapan untuk mendengar pengumuman rasmi.
Khalid pada mulanya yang berdiri dibarisan calon secara tiba-tiba menjadi emosi mahu keluar memanggil penyokongnya supaya bergerak kehadapan.
Namun dihalang Mohd Jaafar yang tidak mahu Khalid berganjak kemana-mana kerana bimbang jika keadaan menjadi tak terkawal.
Khalid bertambah berang apabila namanya disebut tidak mendapat sorakan para penyokongnya. Namun kawasan dewan gamat apabila nama Zulkifli Nordin diumum sebagai calon sah di Parlimen Shah Alam.
Namun hasil kerjasama dan toleransi polis yang mengawal keadaan dan pegawai SPR, perkara itu dapat diselesaikan dan pengumuman rasmi calon berjalan dengan lancar.