[PRU13] BEKAS KETUA PEMUDA PAS LAWAN ANWAR DI PERMATANG PAUH!!!

Tuesday, 16 April 20130 comments


GEORGETOWN - Bekas naib presiden Telekom Malaysia Bhd Dr Mazlan Ismail yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, yakin mampu mengugat kedudukan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya akan dedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang (PR) yang diterajui Anwar," katanya.

"Saya bekas naib ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, dan pernah menjadi Pengarah PRU Pas negeri pada PRU 1999 dan 2004, dan saya yakin pengalaman itu dapat menjadi bekalan dalam menempuh perjuangan politik di Permatang Pauh.

"Insya-Allah, saya yakin menang, dan telah bersedia berkhidmat untuk masyarakat sebagai ahli politik sepenuh masa," katanya kepada pemberita hari ini.

Mazlan, 53, berkata menerusi sokongan padu jentera BN dan strategi rapi yang telah diatur sejak tiga bulan lepas, beliau yakin dapat mengugat kedudukan Anwar dalam mempertahan kerusi parlimen itu.

Mazlan berkata sebagai anak tempatan, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Permatang Pauh, malah sudah berbuat demikian ketika menyokong parti pembangkang sebelum ini.

Anak tempatan Permatang Pauh itu memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik dari University of Salford United Kingdom (UK) dan PhD dalam Intelectual Capital Management dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Walaupun ia merupakan kali pertama saya bertanding pada pilihan raya, namun sokongan peringkat akar umbi BN telah memberikan motivasi kepada saya untuk tidak rasa takut dengan populariti Anwar," katanya. - Bernama


Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger