WARIS MANGSA LAHAD DATU BUAT LAPORAN POLIS

Thursday 7 March 20130 comments



6 MAC 2013 – SHAH ALAM

Seorang waris kepada Allahyarham SABARUDDIN B. DAUD  iaitu 
En Azni Bin Ahmadon 49 Tahun adik beradik seibu(SUSUAN) telah membuat 1 Laporan Polis di IPD Shah Alam lebih kurang Jam 3.30PM.

Beliau yang sangat kecewa dengan beberapa kenyataan dari pemimpin tertinggi pembangkang yang menyatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO dan Kerajaan. Beliau juga turut kesal dengan khabar angin yang mengatakan bahawa keranda yang membawa jenazah itu adalah kosong dan menegaskan sekeras-kerasnya kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun itu. Beliau juga seorang bekas anggota keselamatan (ATM) berkhidmatan dari tahun 1980 – 1998 juga mengetahui selok-belok ketenteraan, beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM dan ATM yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Bersama-sama beliau beberapa  NGO , badan politik dan orang perseorangan  turut sama membuat laporan Polis ke atas Tian Chua,berikut kenyataan beliau yang dipetik melalui keadilandaily.com mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian petugas keselamatan Negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya 'sandiwara kerajaan' untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Kenyataan Tian Chua itu amat melampau bukan sahaja tidak munasabah malah amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengeksploitasikan isu keselamatan negara untuk meraih keuntungan politik. Kenyataan tersebut juga menggambarkan sikap biadap, kurang ajar yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan Tian Chua terhadap para pejuang negara yang telah terkorban di dalam kejadian serangan penceroboh Lahad Datu.



Antaranya ialah:

-          UMNO Bahagian Shah Alam
-          Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam
-          Epanco Malaysia
-          Persatuan Kompang Ezhar Seksyen 6 Shah Alam



MDBZ






Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger