[TERKINI] : JAMALUL KIRAM MINTA GENCATAN SENJATA!!!

Thursday 7 March 20130 comments


MANILA - Laman web berita ABS-CBNnews.com Filipina sebentar tadi melaporkan Jamalul Kiram telah minta satu gencatan senjata diadakan bagi menaamatkan krisis pencerobohan kumpulan pengganas di Sabah.

Beliau memaklumkan telah menghubungi ketua penceroboh di Lahad Datu supaya bertindak membuat gencatan senjata pada jam 12.30 tengahari hari ini.

Jamalul Kiram turut merayu kepada pihak keselamatan Malaysia bertindak serupa supaya satu lagi rundingan damai dapat dibentuk untuk menyelesaikan krisis pencerobohan dan mengelak banyak lagi pertumpahan darah.

Jelasnya, beliau akan menyediakan pengangkutan laut untuk membawa baki penceroboh yang masih hidup.

Perkembangan lain, belum ada maklum balas dari pihak keselamatan Malaysia berhubung perkara tersebut. (sila rujuk di sini)
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger