[WAJIB TONTON] : VIDEO SULIT KEJADIAN MEMALI!!! PRESIDEN PAS WAJIB LETAK JAWATAN!

Friday 29 March 20130 comments


Paparan dalam video di bawah merupakan rakaman yang belum pernah disiarkan. Rakaman tersebut menceritakan kejadian sebenar insiden Memali yang telah mengorbankan beberapa orang penduduk kampung dan anggota keselamatan.

Rakaman ini sudah pasti mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana sebelum ini Pas telah menuduh pihak keselamatan telah bertindak kejam dan sengaja mahu membunuh penduduk kampung.

Dengan rakaman ini, segala tuduhan dan fitnah oleh Pas terjawab. Sebaliknya, penyokong Ustaz Ibrahim Libya terlebih bertindak menyerang pihak keselamatan walaupun dengan jelas rakaman menunjukkan anggota polis dengan tenang cuba menyuraikan penduduk kampung.

Lebih malang, wanita dan kanak-kanak telah dipergunakan untuk dijadikan perisai bagi melindungi Ustaz Ibrahim Libya dan penyokongnya daripada ditangkap pihak keselamatan.

Rakaman di atas turut menyiarkan perbualan khas bersama bapa kandung Ustaz Ibrahim Libya. Menurutnya, beliau tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya sedangkan insiden itu boleh dielakkan.

Beliau turut mendedahkan di awal penglibatan ustaz Ibrahim Libya dengan kumpulan ekstrimis. Sebenarnya, Ustaz Ibrahim Libya telah dipengaruhi oleh seorang ahli Pas dari Alor Star yang dikenali sebagai Mat Hassan.

Mat Hassan sentiasa meyakinkan dan mempengaruhi Ustaz Ibrahim Libya dengan Amanat Hj Hadi untuk menentang kerajaan dan pemerintah ketika itu. Tegasnya, beliau pernah berpesan kepada anaknya bahawa beliau tidak akan mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

Itulah antara rangkuman dalam video yang akan menyedarkan rakyat. Menurut sumber, video penuh akan menyusul dengan beberapa adegan-adegan yang menghayat hati apabila beberapa anggota keselamatan disembelih dan dibunuh dengan kejam sebelum pihak polis bertindak.



WAJIB BACA! KERTAS PUTIH MEMALI, CERITA SEBENAR -
 http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger