KERAJAAN SELANGOR PUNCA 'SURI RUMAH' MENGAMUK SEMALAM!!!

Friday, 29 March 20130 comments



SHAH ALAM - Selepas menunggu bantuan elaun suri rumah sejak lima tahun lalu berjumlah RM5.85 juta, seramai 1,010 suri rumah negeri ini memfailkan tuntutan terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Tuntutan dibuat kumpulan berkenaan yang tidak berpuas hati selepas diperdaya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjanjikan elaun bantuan kepada suri rumah sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum lalu seperti yang terkandung dalam manifesto mereka.

Saman berkenaan difailkan peguam Kamarudin Ahmad melalui firma Kamarudin & Partner bagi pihak suri rumah yang menuntut janji elaun kepada suri rumah seperti dijanjikannya dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Tuntutan itu difailkan kumpulan suri rumah dari sekitar Lembah Klang iaitu, Sungai Besar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Gombak, Selayang dan Ampang yang diketuai Norela Abu Bakar, 42.

Saman berkenaan menamakan kerajaan Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim sebagai defendan kedua.

Kerajaan negeri sebelum ini menjanjikan wang RM100 sebulan bagi setiap suri rumah bermula 1 April 2008 dan sehingga Februari lalu jumlah yang masih gagal dibayar mencecah RM5.85 juta.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger