[WAJIB TONTON] : RAKAMAN SULIT DITAYANG SEMPENA HARI POLIS 206!!! #OpsDaulat #ESSCOM

Monday, 25 March 20130 comments


Keamanan yang rakyat nikmati pada masa kini bukan suatu keadaan yang hadir begitu sahaja. Ia hadir atas perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan yang sentiasa mempetaruhkan nyawa demi menjaga keselamatan negara.

Namun disaat kita sedang menikmati keamanan, ada pula pengkhianat yang cuba mengkucar-kacirkan negara demi memenuhi kuasa politik dan cita-cita jadi perdana menteri.

Seorang pejuang negara pernah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, "Engkau maafkan dosa sebesar manapun mereka (orang Melayu) lakukan, tapi jangan sesakali engkau maafkan pengkhianat".

Jadi, pengkhianat ini memang dikeji perbuatannya. Kerajaan Melaka suatu ketika dahulu pun musnah angkara pengkhianat yang bergelar sebagai 'si kitol'. Kematian Saidina Uthman pun angkara pengkhianat yang menabur fitnah.

Pendek kata, pengkhianat ini dibenci oleh semua!.

Namun di Malaysia, pengkhianat ada tempat hingga dilantik sebagai ketua. Pengkhianat ini juga ada penyokong yang ramai. Malangnya, ramai juga yang percaya pengkhianat ini adalah 'anugerah tuhan' dan imam Mahadi.

Hebatnya pengkhianat ini, walau dibukti terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Pengkhianat itu tetap disanjung dan menjadi harapan jadi Perdana Menteri oleh orang-orang gila.

Inilah antara tanda-tanda dekatnya kita dengan akhir zaman...

Sebagai tanda terima kasih, kita wajar beri penghargaan kepada anggota keselamatan dan tunjuk keperihatinan kita terhadap jasa dan pengorbanan mereka apatah lagi yang telah terkorban.

Ingatlah, tanggungjawab mempertahankan dan menjaga keselamatan negara tidak hanya terletak kepada anggota keselamatan sahaja, sebaliknya terletak di bahu setiap rakyat.

Oleh itu, rakyat kena bersatu dan buru dalang pencerobohan di Sabah. Pengkhianat itu perlu diheret ke muka pengadilan secepat mungkin.

Terima kasih anggota Polis, Selamat Ulang Tahun Polis ke-26


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger