Anggota keselamatan sedang berhadapan dengan maut. Keberanian mereka harus dikagumi kerana bukan semua punya keberanian itu, mungkin ramai yang berani cakap belakang sahaja.
Paling celaka adalah penyokong pakatan haram. Mereka hanya berani cakap dan kritik kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak keselamatan dan kerajaan. Tuduh lembab dan pelbagai tuduhan menghina.
Untuk pengetahuan, mereka ini memang bacul sama seperti pemimpin-pemimpin mereka juga. Nampak macam berani, tapi sejak operasi dijalankan, belum ada lagi seorang pemimpin pakatan haram berani jejak kaki ke Lahad Datu mahupun Semporna. Apatah lagi mendekati lokasi operasi (ground zero) dan melawat mangsa-mangsa pemindahan.
Tidak kurang juga yang jadi 'bangang' dan sependapat dengan pemimpin 'haprak' Tian Chua yang masih percaya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.
Jadi timbul cerita dongeng yang pelbagai, ada yang kata keranda yang membawa jenazah wira negara itu kosong, tidak ada jenazah sebenarnya. Pihak keselamatan pula dituduh penipu kerana tidak siarkan gambar pengganas yang mati sedangkan mendakwa telah membunuh mereka.
Oleh itu, demi menjawab fitnah, pihak kerajaan terpaksa tunjuk bukti supaya rakyat tidak keliru. Yang peliknya, masih ramai di kalangan mereka tidak percaya. Mereka ini adalah penyokong pakatan haram.
Berbalik kepada pemimpin 'haprak' Tian Chua, sehingga kini beliau masih tidak mengaku telah buat kenyataan menuduh kejadian pencerobohan itu adalah konspirasi UMNO. Sebaliknya menuduh, lidah rasmi dan akhbar paling mengarut di dunia (Suara Keadilan) sebagai silap melapor kenyataanya.
Bukan setakat itu sahaja, beliau hina anggota yang terkorban sebagai 'mati katak' dalam ceramahnya baru-baru ini. Ingat! mereka yang terkorban adalah orang Islam yang mempertahankan negara Malaysia yang berdaulat. Itu mati 'syahid' dan bukan 'mati katak'.
Jadi, kalau kita kaji gelagat Tian Chua, tiada langsung sifat-sifat baik dalam dirinya. Yang baiknya mungkin beliau tidak meliwat orang seperti 'bos-nya'. Golongan pemimpin seperti ini tidak layak memimpin Malaysia.
Rakyat kena fikir panjang. Setiap yang baik dan yang buruk itu ada tanda-tandanya. Dan tanda-tanda itu hadir untuk mereka yang berfikir.
Berfikirlah demi Agama, Bangsa dan Negara.
(gambar di atas) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melawat kawasan operasi 'Op Daulat' di Felda Sahabat, Lahad Datu.