Disebalik tugas yang mulia itu, para ulama memiliki tugas dan tanggung jawab yang sangat berat karena secara mutlak ia berkewajiban menjadi teladan dalam tugas keummatannya.
Oleh itu, bila defenisi ini tidak difahami dengan baik oleh orang yang ingin menjadi seorang ulama, hanya “tahu agama” tanpa pernah sampai pada “pengamalan agama”, nescaya tunggulah keburukan di akhirnya.
Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama’ jahat di dalam sabdanya;
“Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya : siapa mereka itu?" Jawab Baginda :ulama’ su’/ulama jahat.
Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain.
Awas! kita hendaklah membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat.
Orang alim yang bersikap demikian ialah syaitan durjana yang bertopengkan manusia dan paling bahaya kepada agama Allah. Merekalah virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan iman umat.
Kejahatan orang awam kesannya tidak seteruk kejahatan orang alim , kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain.
Namun, melihat kepada gelagat seorang hamba Allah yang mengaku dirinya ulama, penulis bimbang! Perihal dan tingkah laku jika diperhatikan tiada langsung ciri ulama. Melainkan pakaiannya berkopiah dan janggut panjang nampak seperti orang alim.
Itulah manusia, sentiasa silap menilai. Sentiasa leka dengan pandangan mata. Ingat, memilih pemimpin dan guru juga perlu lihat dengan mata hati.
Masyarakat kini gelojoh membuat tafsiran. Tidak sabar! Pakai sahaja serban dan nampak alim, terus sahaja digelar ustaz mahupun ulama. Sedangkan perkara yang perlu dinilai adalah pengamalan ilmunya dari segi percakapan dan perbuatan.
Akibat kelemahan itu, ramai mengambil kesempatan menggunakan agama demi mengecapi kepentingan peribadi mahupun organisasi mereka. Lebih malang, ada yang guna cara itu untuk cipta kekayaan.