[TERKINI] : TANDA-TANDA KEBANGKITAN RAKYAT SHAH ALAM!!!

Wednesday 20 March 20130 comments


SHAH ALAM - Peguam, Kamaruddin Ahmad menggesa kepada orang India di Shah Alam supaya bangkit menuntut janji-janji yang dibuat oleh pakatan haram pada pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat "Saman Tuntutan Warga Emas, Ibu Tunggal, Potongan Cukai Pintu" dalam program sentuhan rakyat di sini, hari ini.

Jelasnya, rakyat di Shah Alam wajar membuat tuntutan seperti yang dijanjikan oleh pakatan haram sebelum ini.

"Tuan-tuan dan puan-puan ada hak untuk menuntut janji-janji yang dibuat oleh pakatan rakyat. Adakah anda semua hanya berdiam diri apabila ditipu?

"Kerajaan penipu tidak layak memimpin kita. Kini mereka kata manifesto itu bukan janji pula. Lihatlah bagaimana mereka menipu kita," katanya.

Kamaruddin turut menyelar tindakan kerajaan Selangor yang pilih bulu kerana hanya akan memberi bantuan jika rakyat berjanji mengundi pakatan haram pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ini berbeza dengan kerajaan pusat yang memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tanpa mengira ideologi politik dan rakyat mempunyai pendapatan isu rumah bawah RM3000 berhak mendapat bantuan itu.

Tegasnya, belum pernah lagi sebuah kerajaan negeri disaman oleh rakyatnya sendiri kerana mungkir janji.

Sebelum ini, Kamaruddin telah mengetuai beberapa kumpulan yang terdiri daripada rakyat Selangor menyaman kerajaan negeri kerana gagal menunaikan janji seperti pemberian elaun warga emas, elaun ibu tunggal, pemberian air percuma, elaun suri rumah dan elaun pendidikan pra-sekolah.




Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger