[TERKINI] : LAPORAN TAHUNAN GTP SANGAT MEMBANGGAKAN!!!

Wednesday 20 March 20130 comments


KUALA LUMPUR — Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di sini, malam ini:

* Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai.

* Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada US$257 pada tahun
1957 kepada US$9,970 pada 2012.

* Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025
pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.

* Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal
kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012.

* Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus
pada Disember 2012.

* Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat
1Malaysia untuk lebih enam juta rakyat.

* Baucer Sekolah 1Malaysia berjumlah RM524 juta beri manfaat kepada lebih
5.24 juta murid.

* Baucer Buku 1Malaysia manfaat lebih 390,000 pelajar dengan peruntukan
lebih RM97.5 juta.

* Kerajaan peruntuk RM37.8 bilion biayai pelbagai subsidi untuk tanggung kos
kehidupan seharian rakyat.

* Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam
tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih.

* Kerajaan tawar lebih 100,000 unit kediaman mampu milik kepada rakyat.

* NKRA telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir empat juta penduduk
luar bandar.

* Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International letakkan Malaysia
di kedudukan yang lebih baik daripada tahun lepas.

* Sejumlah 260 daripada 400 kes rasuah yang dibicarakan, telah diselesaikan
tahun lepas.

* Kadar jenayah dikurangkan sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun.

* Hampir 50 juta pelancong melawat Malaysia pada 2011-2012 dengan Pendapatan
Negara Kasar hampir RM100 bilion.

* Eksport sektor kandungan dan infrastruktur, komunikasi dan industri
kreatif catat RM547 juta.

* Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi, mengikut takrifan
Bank Dunia lebih awal dari dijangkakan.

* Kuasa beli rakyat Malaysia kini hampir dua kali ganda pendapatan per
kapita yang ada.

* Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM135.64
bilion dan lebih 400,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.

* Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia mengikut World Bank
Ease of Doing Business Report 2013.

* Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing menurut laporan World
Competitiveness Yearbook 2012/2013.

* Malaysia diletakkan sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan
langsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

* Pengiktirafan global kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada
prakarsa-prakarsa GTP dan ETP.

* Bantuan Rakyat 1Malaysia dijadikan inisiatif tahunan.


– BERNAMA
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger