Beliau mendesak supaya kerajaan Malaysia menyiasat dengan terperinci kegiatan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu dan menghukum dalang ke muka pengadilan secepat mungkin.
Zulkifli berkata, beliau sebagai bekas pemimpin pakatan haram sangat mengenali Tian Chua dan Sivara.
"Mungkin ada yang sudah lupa, inilah dua karektor antara mereka yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990-an," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Lahad Datu Bukan Wayang - Hukum si DALANG' di Seksyen 7, semalam.
Zulkifli membongkar dengan menceritakan peristiwa yang mengaitkan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu.
"Pada 09 Nov 1996, kedua-dua karektor ini adalah antara mereka yang menggunakan platform pertubuhan yang tidak berdaftar Suaram menganjurkan sidang Asia Pacific Conference on East Timur 2 (dikenali dengan singkatan Sidang APCET II). Sidang ini dianjurkan di Hotel Asia di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ianya adalah susulan daripada Sidang APCET I yang diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
"APCET adalah forum yang digunakan untuk membawa isu pembebasan Wilayah Timor Timur daripada Indonesia. Dan gerakan ini bermula dengan pelancaran serangan bersenjata oleh pemimpin etnik Timor Timur bernama Gusmao. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh ABRI dan Kerajaan Indonesia. Gusmao dihadapkan ke Mahkamah Indonesia dan dihukum penjara 20 tahun.
"Insiden ini dijadikan modal untuk membawa isu kemerdekaan Timor Timur. Dalang-dalang gerakan ini menggunakan tekanan antarabangsa. Antaranya mereka berjaya mempengaruhi Nelson Mandela, dan Ramos Horta untuk bersama menyokong gerakan ini. Hinggakan Gusmao diberikan anugerah Nobel untuk kononnya menghargai perjuangannya.
"Kerajaan Indonesia sangat tidak berpuashati dengan tindakan Suaram dan beberapa NGO lain mengadakan Sidang APCET II di Kuala Lumpur. Indonesia merasakan sebagai negara saudara kembar yang serumpun, Malaysia tidak wajar membenarkan isu kedaulatan Indonesia dan wilayahnya dibincangkan di Kuala Lumpur," ujarnya.
Beliau berkata, namun Kerajaan Malaysia yang mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya, dan tidak mengenakan halangan untuk Sidang APCET II diadakan.di Kuala Lumpur. Sebaliknya diperingkat rakyat, jelas penentangan terhadap campurtangan asing dalam hal kedaulatan Indonesia membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia.
Maka rakyat Malaysia, dipelopori oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menggerakkan massa dengan menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) yang diketuai oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO masa itu Saifuddin Nasution Ismail (kini Setiausaha PKR).
BBRM telah mengadakan protes besar-besaran pada 09 Nov 1996 dihadapan Hotel Asia diwaktu Sidang APCET II sedang berjalan. Apabila penganjur dan hadirin sidang itu enggan bersurai, Saifuddin Nasution Ismail dan gerombolan BBRM telah merempuh masuk kedalam bilik sidang dan cuba menghentikan sidang tersebut. Habis kerusi meja terbalik, malah ada antara mereka berdiri diatas meja dan melaung-laungkan bantahan.
Sidang APCET II akhirnya terpaksa bersurai. Pihak polis telah membuat beberapa tangkapan, termasuk ke atas Saifuddin Nasution Ismail. Mereka dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman.
"Hari ini Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agong PKR merangkap Ahli Parlimen Macang! Tianchua dan Sivarasa pula adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu & Subang bagi PKR.
"Betapa ironisnya dunia politik ini. Dahulu bermusuhan sehingga bersepak terajang, hari ini bercium sekatil; sebantal!,"katanya.
Zulkifli mendakwa, Tian Chua dan Sivarasa adalah antara karektor yang terlibat secara langsung dalam APCET. Akhirnya, rakan baik Anwar Ibrahim, Pak Gusdur memberikan kemerdekaan kepada wilayah Timor Timur dengan nama baru Timor Leste.
Gusmao akhirnya menjadi Presiden pertamanya, dan Timur Leste berubah menjadi sebuah negara kristian dengan bantuan ketenteraan daripada Australia.
"Apakah lirik lagu "Sabah kan hilang" yang sentiasa didendangkan oleh Anwar Ibrahim dalam siri-siri ceramahnya dimerata tempat dinegara ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa ada satu konspirasi jahat dan halus untuk menyebabkan Malaysia kehilangan Wilayah Sabah, sebagaimana Indonesia kehilangan Wilayah Timor Timur?
"Persoalannya, adakah kita sedang berhadapan dengan satu "Konspirasi Si-Kitol II", sebagaimana yang berlaku dalam sejarah "Konspirasi Si-Kitol I" yang menyebabkan kita hilang Kerajaan Melaka dahulu?," soalnya.
Beliau dengan tegas menyeru kepada Kerajaan Malaysia supaya tidak memandang ringan perkara ini.
" Sebab itu suatu Suruhanjaya DiRaja wajib ditubuhkan untuk menyiasat hingga ke lubang cacing siapa dalang sebenar pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengikut Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu," katanya.