[TERKINI] : LAPORAN SEMASA DI LAHAD DATU!

Tuesday 5 March 20130 comments


LAHAD DATU - Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi Selasa.

Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamtan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.

Beliau berkata tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.

Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan. - BERNAMA
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger