[TERKINI] : KEJADIAN HURU-HARA DI SHAH ALAM SEMALAM TERJAWAB!!!

Tuesday, 5 March 20130 comments


SHAH ALAM - Kira-kira 100 pekerja sebuah syarikat automotif menggesa majikan mereka bersikap adil berhubung penyelarasan gaji dalam perhimpunan di sini, semalam.

Bantahan yang berlangsung kira-kira 30 minit dan berakhir sekitar jam 5.30 petang itu mempertikaikan tindakan syarikat pengeluaran kereta terbabit yang hanya menaikkan gaji pekerja yang berpendapatan bawah RM900 iaitu kurang daripada gaji minimum ditetapkan kerajaan.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Peralatan Pengangkutan, N Gopal berkata, majikan seolah-olah tidak bersikap adil dan tidak menghargai pekerja.

"Hanya gaji pekerja yang berpendapatan bawah gaji minimum ditetapkan kerajaan dinaikkan sedangkan sebahagian lagi yang berkhidmat sekian lama dan berpendapatan RM900 dibiarkan begitu sahaja.

"Pekerja yang banyak berjasa ini bagai dipinggirkan apabila tidak menerima sedikit pun kenaikan dan sepatutnya majikan tidak terlepas pandang perkara ini," katanya.

Menurutnya, sebagai syarikat pengeluaran kereta yang besar, isu ini tidak sepatutnya timbul memandangkan syarikat automotif lain mampu memberi kenaikan gaji kepada semua pekerja secara adil.

"Protes ini bukan yang pertama malah pekerja terbabit pernah memprotes tidak bekerja lebih masa selama seminggu.

"Disebabkan tindakan itu juga, majikan melakukan perubahan jadual kerja secara syif tanpa perbincangan degan pekerja," katanya.

Beliau berkata, perhimpunan aman itu turut menuntut majikan menghantar wakil bagi mengadakan perbincangan mencari penyelesaian berhubung isu kenaikan gaji.

"Kami tidak teragak-agak mengadakan piket lebih besar esok (hari ini) jika syarikat tetap dengan pendirian mereka dan tidak mahu menghantar wakil untuk mengadakan perbincangan," katanya.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger