VIDEO SEKS PUNCA PAS TOLAK ANWAR JADI PERDANA MENTERI!!?

Monday 25 February 20130 comments


BANDAR JENGKA - PAS hari ini menegaskan persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik menjadi PM jika PRU memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.

"Tapi secara konsensus kita bersama ketiga-tiga parti, perkara besar kita putuskan bersama. Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan..bergantung kepada keputusan," katanya dalam program soal jawab maqasid syariah anjuran Antarapos.

Kenyataan pemimpin PAS itu dibuat pada ambang Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini untuk melancarkan manifesto pembangkang dengan PRU dijangka diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Konvesyen sehari itu dilihat sebagai pentas untuk menunjukkan kesepakatan pembangkang dan untuk Ketua Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menengahkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyt menawan Putrajaya.

Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.

Dua minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat secara tertutup menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Memetik sumber akhbar berkenaan, sebahagian besar ahli PAS tidak mahu Ketua Umum PKR itu dicalonkan jawatan berkenaan.

Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan perkara itu dibincangkan oleh Syura PAS.

Pada Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu yang lalu, beberapa pemimpin PAS secara terbuka menyatakan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah calon paling layak untuk menjadi PM.

Tuan Ibrahim memberitahu antarapos bahawa anggota PAS sudah tentu mahukan ahli parti sendiri mengisi jawatan penting seperti Perdana Menteri.

"Sentimen orang PAS mesti nak orang PAS (jadi perdana menteri), tak boleh nafi...PKR nak Anwar sebagai ketua tapi yang tentunya bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, tak timbul nama mereka pun...juga tak timbul (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai bakal perdana menteri akan datang.

"Maknanya dua orang ini, dengan senario itu rakyat menggambarkan bakal pemimpin sama ada Anwar atau Hadi..maknanya Lim Kit Siang tidak dan orang tak bincang pun sama ada Najib atau Muhyiddin," katanya.

Adalah difahamkan beberapa usaha tidak rasmi oleh PKR untuk menggesa kepimpinan PAS mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri masih belum berhasil.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger